NOTICE UNDER THE PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010
NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

The Personal Data Protection Act 2010 (the “Act”), which regulates the processing of personal data in commercial transactions, applies to Health4U Solutions Sdn Bhd (“our”, “us” or “we”). For the purpose of this written notice (“Notice”), the terms “personal data”, “sensitive personal data” and “processing” shall have the same meaning as prescribed in the Act.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta” tersebut) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai kepada Health4U Solutions Sdn Bhd (“kami”). Untuk tujuan notis bertulis ini (“Notis”), terma-terma “data peribadi”, “data peribadi sensitif” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta tersebut.

  1. This Notice serves to inform you that your personal data is being processed by us or on our behalf when you use our services in relation to the BookDoc website (“Site”) and related applications (“Services”).
    Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami apabila anda dengan menggunakan perkhidmatan kami yang berkenaan dengan laman web BookDoc (“Laman Web”) dan aplikasi-aplikasi yang berkenaan (“Perkhidmatan”).
  2. Your personal data means any information relating directly or indirectly to you from which you are identified or are identifiable, and includes but is not limited to:
    Data peribadi anda bermaksud apa-apa maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, di mana anda dikenal pasti atau boleh dikenal pasti, dan termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    • Personal details (such as name, age, gender, identity card number, passport number, date of birth, ethnicity, language, nationality);
      Butir-butir peribadi (seperti nama, umur, jantina, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir, kaum, bahasa, kewarganegaraan);
    • Contact details (such as address, email, phone number);
      Butir-butir perhubungan (seperti alamat, emel, nombor telefon);
    • Social media details (such as Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn);
      Butir-butir media social (seperti Facebook, Twitten, Instagram, LinkedIn);
    • Employee Identification Details, if applicable (such as Employee ID, Job Grade, Beneficiary Coverage);
      Butir-butir pengenalan pekerja, jika terpakai (seperti identiti pekerja, pangkat; perlindungan benefisiari);
    • Financial details (such as bank account information, EPF number, SOCSO number, credit card number);
      Maklumat kewangan (seperti maklumat akaun bank, nombor KWSP, nombor PERKESO, dan maklumat dan nombor kad kredit);
    • Appointment details (such as the doctors, dentists or other healthcare providers (“Healthcare Providers”) you have visited, your reasons for visits, your dates of visit, your appointment history (such as cost of consultation), medical history and other medical and health information;
      Butir-butir temujanji (seperti doktor, doktor gigi, atau pemberi jagaan kesihatan lain (“Pemberi Jagaan Kesihatan”) yang telah dilawati oleh anda, alasan untuk lawatan tersebut, tarikh lawatan anda, sejarah temujanji (seperti kos perundingan) sejarah kesihatan dan maklumat perubatan dan kesihatan lain;
    • Any additional health, medical or fitness information which is generated in the process of your usage of the Services;
      Apa-apa maklumat tambahan kesihatan, perubatan atau kecergasan yang dihasilkan dalam proses penggunaan Perkhidmatan oleh anda;
    • Other information that you voluntarily choose to provide to us such as insurance details and including unique identifiers such as passwords, photos, videos or other information uploaded to or via the Services, and personal data in communications and correspondence emails or letters that you send to us; and
      Maklumat lain yang anda secara rela memilih untuk memberi kami, termasuk pengenalan unik seperti kata laluan, gambar, rakaman atau maklumat lain yang telah dimuatnaik kepada atau melalui Perkhidmatan, dan data peribadi di dalam komunikasi dan surat-menyurat dari emel atau surat yang anda hantar kepada kami; dan
    • Additional personal or other information that may be relevant for us in order to provide the Services to you, or to consider your request for any of our other products.
      Maklumat tambahan lain atau peribadi yang mungkin relevan kepada kami untuk memyediakan Perkhidmatan kepada anda, atau mempertimbangkan permintaan anda untuk produk kami yang lain.
  3. You consent to the processing of your personal data for purposes which include but are not limited to the following:
    Anda bersetuju kepada pemprosesan data peribadi anda untuk maksud-maksud berikut yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    • To connect you with the Healthcare Provider that you choose to consult;
      Untuk menghubungkan anda kepada Pemberi Jagaan Kesihatan yang anda pilih;
    • To identify your location;
      Untuk mengenalpasti lokasi anda;
    • To serve you;
      Untuk melayan anda;
    • To provide you with the relevant healthcare services;
      Untuk memberikan anda perkhidmatan jagaan kesihatan yang relevan;
    • To attend to the relevant transaction if applicable;
      Untuk melaksanakan transaksi yang relevant jika terpakai;
    • To facilitate our interactions with you;
      Untuk memudahkan interaksi kami dengan anda;
    • To contact you when necessary or requested, including to remind you of an upcoming appointment;
      Untuk menghubungi anda apabila diminta atau ada keperluannya, termasuk untuk mengingatkan anda mengenai suatu temujanji yang akan datang;
    • For compliance with legal and regulatory obligations;
      Untuk mematuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia;
    • To send you electronic announcements and newsletters that we think will interest you;
      Untuk menghantar pengumuman elektronik dan surat berita yang berkemungkinan menarik perhatian anda;
    • To determine your eligibility, obtaining benefit plan information;
      Untuk mengenalpasti kelayakan anda, mendapatkan maklumat mengenai pelan manfaat;
    • To perform core operational services (such as hosting, billing, fulfilment, data storage, security, insurance verification, or Site analytics);
      Untuk melakukan perkhidmatan teras operasi (seperti hosting, bil, penunaian, penyimpanan data, sekuriti, pengesahan kelayakan, atau analisa Laman Web);
    • For internal record keeping;
      Bagi penyimpanan rekod dalaman;
    • For internal investigations, audit or security purposes;
      Bagi penyiasatan dalaman, audit atau maksud-maksud sekuriti;
    • For the administration and promotion of any events or activities offered by us, including the promotion of such events or activities in media or other publications;
      Untuk mengendalikan atau mempromosikan apa-apa acara atau aktiviti yang ditawarkan oleh kami, termasuk promosi acara atau aktiviti tersebut di media atau penerbitan lain;
    • To promote the Services and services provided by our related corporations, business partners, clients and sponsors, including providing you with information about our other services;
      Untuk mempromosikan Perkhidmatan tersebut dan perkhidmatan yang disediakan oleh perbadanan berkaitan, rakan niaga, pelanggan atau penaja kami, termasuk memberikan maklumat mengenai perkhidmatan lain kami kepada anda;
    • To investigate your complaints;
      Untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh anda;
    • To produce statistical reports, collectively or at individual data level, for corporate reporting, research works and publications;
      Untuk menghasilkan laporan statistik, secara kolektif atau tahap data individu, bagi pelaporan korporat, kerja-kerja penyelidikan dan penerbitan;
    • To use statistical information that we collect in any way permitted by law, including from third parties in connection with their commercial and marketing efforts;
      Untuk menggunakan maklumat statistik yang kami kumpul melalui cara yang dibenarkan oleh undang-undang, termasuk daripada pihak ketiga selaras dengan usaha komersial dan pemasaran mereka;
    • For analysis for statistical, profiling or other purposes for us to conduct category analysis, financial analysis, investigate service lapses, and to review, develop and improve the quality of our products and services; and
      Bagi analisa statistik, profil atau maksud-maksud lain bagi kami untuk melaksanakan analisa kategori, analisa kewangan, penyiasatan kesilapan di dalam perkhidmatan, dan untuk menilai, memajukan dan menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan kami; dan
    • Such other purposes directly related to the foregoing (collectively, “Purposes”).
      maksud-maksud lain yang berhubungan dengan yang tersebut di atas (secara kolektif, “Maksud-maksud”).

    Generally, we handle your personal data for the purposes set out in this Notice. Any one or more of the listed purposes may apply to your personal data, depending on the actual situation. The Purposes above do not purport to be an exhaustive listing, although an effort is made to set out as many salient purposes as may be applicable.

    Secara lazimnya, kami mengendalikan data peribadi anda bagi Maksud-maksud yang tersebut di dalam Notis ini. Mana-mana satu atau lebih daripada satu Maksud-maksud boleh terpakai kepada data peribadi anda, bergantung kepada keadaan yang sebenar. Maksud-maksud tersebut di atas adalah tidak merupakan senarai yang lengkap, walaupun suatu usaha telah dibuat untuk menyenaraikan sebanyak yang mungkin maksud-maksud yang terpakai.

    It is obligatory for you to provide your personal data to enable us to carry out the abovementioned Purposes, failing which we will not be able to fulfil the Purposes.

    Pemberian data peribadi anda adalah wajib untuk membolehkan kami melaksanakan Maksud-maksud di atas, jika tidak, kami tidak boleh mencapai Maksud-maksud tersebut.

  4. Generally, your personal data was, is being or is to be collected:
    Secara lazimnya, data peribadi anda telah, sedang atau akan dikumpulkan:

    • When you use the Services’ interactive tools and services, such as searching for Healthcare Providers, searching for available appointments with Healthcare Providers and completing medical history forms prior to Healthcare Provider appointments;
      Apabila anda menggunakan peralatan dan perkhidmatan interaktif yang tersedia di dalam Perkhidmatan tersebut, seperti mencari Pemberi Jagaan Kesihatan, mencari temujanji Pemberi Jagaan Kesihatan yang sedia ada dan menyempurnakan borang sejarah perubatan sebelum temujanji dengan Pemberi Jagaan Kesihatan;
    • When you voluntarily provide information in free-form text boxes through the Services and through responses to registration forms, surveys, questionnaires and the like;
      Apabila anda secara rela memberikan maklumat di dalam borang percuma melalui Perkhidmatan tersebut dan melalui boring pendaftaran, maklum balas, tinjauan, soal selidik dan sebagainya;
    • If you download and install certain applications and software we make available, we may receive and collect information transmitted from your computing device for the purpose of providing you the relevant Services, such as information which notifies us know when you are logged on and available to receive update or alert notices;
      Jika anda memuat turun dan memasang aplikasi dan perisian tertentu yang disediakan oleh kami, kami boleh menerima dan mengumpul maklumat yang dihantar daripada peranti anda bagi maksud untuk memberikan anda Perkhidmatan yang relevan, seperti maklumat yang memaklumkan kami apabila anda telah log masuk dan sedia untuk menerima notis kemas kini atau amaran;
    • If you download our mobile application (“Application”), we may receive information about your location and mobile device;
      Jika anda memuat turn aplikasi mobil (“Aplikasi”), kami boleh menerima maklumat mengenai lokasi dan peranti mobil anda;
    • When you choose to register or participate in any events, activities, competitions or challenges, or utilize or accept any offers or deals provided and/or organized by us, we will receive any information that you have voluntarily provided throughout the participation or utilization process;
      Apabila anda memilih untuk mendaftar atau mengambil bahagian dalam mana-mana acara, aktiviti, pertandingan atau cabaran, atau menggunakan atau menerima tawaran atau ganjaran yang disediakan dan/atau diadakan oleh kami, kami akan menerima maklumat yang anda berikan secara sukarela sepanjang proses penyertaan atau penggunaan tersebut;
    • From third parties such as your employer (where applicable), medical providers connected to the Services, or our business partners, clients or sponsors;
      Daripada pihak ketiga seperti majikan anda (di mana berkenaan), pembekal perubatan yang berkenaan dengan Perkhidmatan, atau rakan niaga, pelanggan atau penaja kami;
    • Through cookies on the Site, and website analytics services and other tracking technology; and
      Melalui cookies di dalam Laman Web dan perkhidmatan analisa laman web dan teknologi pengesanan lain;
    • When you use the “Contact Us” function on the Site, send us an email or otherwise contact us.
      Apabila anda menggunakan fungsi “Hubungi Kami” di dalam Laman, menghantar emel atau menghubungi kami.
    • When you use our app, we may collect the following information from the HealthKit frameworks:
      Apabila anda menggunakan aplikasi kami, kami mungkin mengumpul maklumat berikut dari rangkaian HealthKit:

      • Personal information: We may collect information about your name, age, gender, and other personal details.
        Maklumat peribadi: Kami mungkin mengumpul maklumat tentang nama anda, umur, jantina, dan butiran peribadi lain.
      • Health information: We may collect information about your health, such as your heart rate, blood pressure, and other data related to your fitness and health.
        Maklumat kesihatan: Kami mungkin mengumpul maklumat tentang kesihatan anda, seperti kadar denyutan jantung, tekanan darah, dan data lain yang berkaitan dengan kecergasan dan kesihatan anda.
  5. In terms of data protection mechanisms:
    Dari segi mekanisme perlindungan data:

    • Access Control
      Kawalan Akses

      • Access to your information is restricted to authorized personnel only.
        Akses kepada maklumat anda adalah terhad kepada kakitangan yang diberi kuasa sahaja.
    • Data Encryption
      Penyulitan Data

      • We use encryption protocols to prevent interception by unauthorized parties to protect your data both in transmission and at rest.
        Kami menggunakan protokol penyulitan untuk menghalang pemintasan oleh pihak yang tidak dibenarkan untuk melindungi data anda dalam penghantaran dan dalam keadaan rehat.
    • Backup and Recovery
      Sandaran dan Pemulihan

      • We conduct regular data backups to protect against data loss in case of any incidents.
        Kami menjalankan sandaran data tetap untuk melindungi daripada kehilangan data sekiranya berlaku sebarang insiden.
    • Data Masking/Anonymization
      Penyamaran Data/Penanoniman

      • Methods on data masking/anonymization such as randomization and encryptions are applied to conceal sensitive information.
        Kaedah pada penutupan data/anonimisasi seperti rawak dan penyulitan digunakan untuk menyembunyikan maklumat sensitif.
    • Audit Logging
      Pengelogan Audit

      • Logging is implemented to monitor and track access to sensitive data, system activities, and configurations to enhance security.
        Logging dilaksanakan untuk memantau dan menjejaki akses kepada data sensitif, aktiviti sistem dan konfigurasi untuk meningkatkan keselamatan.
    • Security Awareness Training
      Latihan Kesedaran Keselamatan

      • We conduct regular training to our employees to enhance the knowledge and vigilance of employees in safeguarding sensitive information and ensuring the overall security of the organization.
        Kami mengadakan latihan tetap kepada pekerja kami untuk meningkatkan pengetahuan dan kewaspadaan pekerja dalam menjaga maklumat sensitif dan memastikan keselamatan keseluruhan organisasi.
    • Incident Response Plan
      Pelan Tindak Balas Insiden

      • In the event of a data loss incident or data breaches, proper procedures will be place to respond promptly. Affected parties, including relevant stakeholders and regulatory bodies, will be notified in accordance with legal and contractual obligations.
        Sekiranya berlaku insiden kehilangan data atau pelanggaran data, prosedur yang betul akan disediakan untuk bertindak balas dengan segera. Pihak yang terjejas, termasuk pihak berkepentingan dan badan kawal selia yang berkaitan, akan dimaklumkan mengikut kewajipan undang-undang dan kontrak.
    • Data Retention and Disposal
      Pengekalan dan Pelupusan Data

      • Data is retained for specific and legitimate purposes, including the provision of services, legal compliance, and internal analysis.
        Data disimpan untuk tujuan khusus dan sah, termasuk penyediaan perkhidmatan, pematuhan undang-undang, dan analisis dalaman.
      • Backup data is also retained for a reasonable period to facilitate system restoration and business continuity.
        Data sandaran juga disimpan untuk tempoh yang munasabah untuk memudahkan pemulihan sistem dan kesinambungan perniagaan.
      • Procedures are in place to ensure disposal of data is securely and permanently deleted
        Prosedur disediakan untuk memastikan pelupusan data dipadamkan dengan selamat dan kekal
  6. You are responsible for ensuring that the information you provide us is accurate, complete, not misleading and is kept up to date. If you fail to supply us any of your personal data which is not stated as being voluntarily provided to us, we may refuse to process your personal data for any of the Purposes and you will not be able to use the Services.
    Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi yang tidak dinyatakan sebagai diberikan secara rela kepada kami, kami tidak boleh memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut dan anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan tersebut.
  7. We may require your assistance if the personal data relating to other persons is required to process your personal data for the Purposes and you hereby agree to use your best endeavors to assist us when required.
    Kami boleh menghendaki bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki.
  8. Upon your request, you shall have the right to the deletion of your personal data and/or to request access to and to request correction of your personal data and to contact us with any inquiries or complaints in respect of your personal data (including the possible choices and means for limiting the processing of your personal data) through the Site or Application or as follows:
    Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda dan untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang mungkin untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda) melalui Laman Web atau Aplikasi atau seperti berikut:The Personal Data Protection Officer
    Pegawai Perlindungan Data Peribadi
    Email address: pdpa@bookdoc.com
    Alamat emel:
    Telephone no: 1300-88-2362
    No. Telefon:In accordance with the Act:
    Tertakluk kepada Akta tersebut:a. We may charge a prescribed fee for processing your request for access or correction, as follows:
    Access request for personal data without copy: RM2
    Access request for personal data with copy: RM10
    Access request for sensitive personal data without copy: RM5
    Access request for sensitive personal data with copy: RM30

    Kami boleh mengenakan fi yang ditetapkan untuk memproses permintaan mengakses atau pembetulan anda, seperti berikut:
    Permohonan akses untuk data peribadi tanpa salinan: RM2
    Permohonan akses untuk data peribadi dengan salinan: RM10
    Permohonan akses untuk data peribadi sensitif tanpa salinan: RM5
    Permohonan akses untuk data peribadi sensitif dengan salinan: RM30

    b. We may refuse to comply with your request for access or correction to your personal data and if we refuse to comply with such request, we will inform you of our refusal and reason for our refusal.
    Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses atau pembetulan data peribadi anda dan jika kami enggan mematuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut melalui notis bertulis.

  9. We disclose or may disclose your personal data for the Purposes to our related corporations, your employers (where applicable), our business partners and sponsors, our logistics partners, our agents and independent contractors, our service providers, clients, Healthcare Providers, insurance company, governmental departments and/or agencies, regulatory and/or statutory bodies and any such third party requested or authorized by you or as may be required in law.
    Kami menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi anda untuk Maksud-maksud tersebut kepada perbadanan berkaitan kami, majikan anda (di mana terpakai), rakan-rakan perniagaan dan penaja kami, rakan-rakan logistik kami, ejen dan kontraktor bebas kami, pembekal-pembekal perkhidmatan kami, pelanggan kami, Pemberi Jagaan Kesihatan lain, syarikat insurans, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan kawal selia dan / atau berkanun dan dan mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda atau seperti yang boleh dikehendaki oleh undang-undang.
  10. We may transfer your personal data to a place outside Malaysia for any of the Purposes.
    Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia bagi Maksud-maksud tersebut.
  11. We reserve the right to amend this Notice at any time and will place notice of such amendments on the Site or via any other mode that we view suitable.
    Kami berhak untuk meminda Notis ini pada bila-bila masa dan akan memberikan notis mengenai pemindaan tersebut di dalam Laman Web atau melalui cara lain yang kami pertimbangkan adalah sesuai.
  12. Nothing in this Notice shall limit your rights or our rights under the Act.
    Tiada apa-apa dalam Notis ini akan menghadkan hak anda atau hak kami di bawah Akta tersebut.
  13. In the event of any inconsistency between the English version and any other languages of this Notice, the English version shall prevail over any other languages.
    Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi-versi bahasa lain Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi-versi bahasa lain.

Use of Google User Data

Penggunaan Data Pengguna Google

This section explains how BookDoc (operated by Health4U Solutions Sdn Bhd) accesses, uses, shares, protects, retains and deletes data obtained from Google APIs. It applies in addition to the Personal Data Protection Act 2010 notice set out on this page.

Bahagian ini menerangkan bagaimana BookDoc (dikendalikan oleh Health4U Solutions Sdn Bhd) mengakses, menggunakan, berkongsi, melindungi, menyimpan dan memadam data yang diperoleh daripada Google APIs. Ia terpakai sebagai tambahan kepada notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang dinyatakan di halaman ini.

Google data we access

Data Google yang kami akses

If you choose to connect your Google Account to BookDoc, and only after you grant consent on Google’s consent screen, we access:

Jika anda memilih untuk menghubungkan Akaun Google anda kepada BookDoc, dan hanya selepas anda memberikan persetujuan pada skrin persetujuan Google, kami mengakses:

  • Google Account basic profile — your name, email address, and Google account identifier. We use this solely to identify your Google Account and link it to your existing BookDoc account.
    Profil asas Akaun Google — nama, alamat emel dan pengenal akaun Google anda. Kami menggunakan maklumat ini semata-mata untuk mengenal pasti Akaun Google anda dan menghubungkannya dengan akaun BookDoc anda yang sedia ada.
  • Google Health API fitness and activity data — your daily step counts, your daily calories burned (active energy and basal metabolic rate, in kcal), and your exercise sessions (activity type, duration, distance and calories per session).
    Data kecergasan dan aktiviti Google Health API — jumlah langkah harian anda, jumlah kalori yang dibakar setiap hari (tenaga aktif dan kadar metabolisme basal, dalam kcal), dan sesi senaman anda (jenis aktiviti, tempoh, jarak dan kalori bagi setiap sesi).
  • Google Health API health metrics and measurements — your heart rate, your blood pressure (systolic and diastolic), your weight, height and body mass index, your body fat percentage, muscle percentage and visceral fat, your blood glucose readings (including fasting glucose and HbA1c), and your cholesterol readings.
    Metrik dan ukuran kesihatan Google Health API — kadar denyutan jantung anda, tekanan darah anda (sistolik dan diastolik), berat, ketinggian dan indeks jisim badan anda, peratusan lemak badan, peratusan otot dan lemak viseral anda, bacaan glukosa darah anda (termasuk glukosa berpuasa dan HbA1c), dan bacaan kolesterol anda.
  • Google Health API sleep data — your sleep duration and sleep session records.
    Data tidur Google Health API — tempoh tidur dan rekod sesi tidur anda.
  • Google Calendar — your calendars and calendar entries. BookDoc uses this access only to place your BookDoc appointments and teleconsultation sessions into the calendar you choose, and to update or remove those entries when you reschedule or cancel the booking in BookDoc. We do not read your other calendar entries for any purpose of our own, and we do not copy your calendar contents onto our servers.
    Google Calendar — kalendar dan catatan kalendar anda. BookDoc menggunakan akses ini semata-mata untuk memasukkan temujanji dan sesi telekonsultasi BookDoc anda ke dalam kalendar yang anda pilih, serta untuk mengemas kini atau mengalih keluar catatan tersebut apabila anda menjadualkan semula atau membatalkan tempahan dalam BookDoc. Kami tidak membaca catatan kalendar anda yang lain bagi apa-apa tujuan kami sendiri, dan kami tidak menyalin kandungan kalendar anda ke pelayan kami.

We do not access your Google contacts, Gmail, Google Drive, location history, or any other Google data. Connecting a Google Account is optional; BookDoc’s healthcare booking, teleconsultation and marketplace features are fully usable without it.

Kami tidak mengakses kenalan Google, Gmail, Google Drive, sejarah lokasi atau mana-mana data Google anda yang lain. Menghubungkan Akaun Google adalah pilihan; ciri tempahan penjagaan kesihatan, telekonsultasi dan marketplace BookDoc boleh digunakan sepenuhnya tanpa menghubungkan Akaun Google.

How we use Google data

Cara kami menggunakan data Google

Google Health API data is used only to deliver features that are visible to you in the BookDoc application:

Data Google Health API hanya digunakan untuk menyediakan ciri-ciri yang boleh dilihat oleh anda dalam aplikasi BookDoc:

  • Displaying your steps, calories and activity history in the Activ section of the app.
    Memaparkan langkah, kalori dan sejarah aktiviti anda dalam bahagian Activ aplikasi.
  • Displaying your health metrics and measurements, and your sleep records, together with their trends over time, in the health tracking section of the app — including showing which range a blood pressure reading falls into.
    Memaparkan metrik dan ukuran kesihatan anda, serta rekod tidur anda, bersama trendnya dari semasa ke semasa, dalam bahagian penjejakan kesihatan aplikasi — termasuk menunjukkan julat yang berkaitan dengan bacaan tekanan darah tersebut.
  • Calculating your score, ranking and progress in wellness challenges and leaderboards you have joined, including challenges that are based on recorded health measurements.
    Mengira skor, kedudukan dan kemajuan anda dalam cabaran kesejahteraan dan papan pendahulu yang anda sertai, termasuk cabaran yang berasaskan ukuran kesihatan yang direkodkan.
  • Awarding points, rewards and challenge completion certificates you have earned.
    Memberikan mata, ganjaran dan sijil penyelesaian cabaran yang anda peroleh.
  • Adding your BookDoc appointments and teleconsultation sessions to your Google Calendar, and updating or removing those entries when you reschedule or cancel a booking.
    Menambah temujanji dan sesi telekonsultasi BookDoc anda ke dalam Google Calendar anda, serta mengemas kini atau mengalih keluar catatan tersebut apabila anda menjadualkan semula atau membatalkan tempahan.
  • Showing aggregate participation and activity statistics to your employer where you have joined a corporate wellness programme through that employer. Individual health data is not exposed to employers except where the programme design requires it and you have been informed at the point of joining.
    Memaparkan statistik penyertaan dan aktiviti secara agregat kepada majikan anda apabila anda telah menyertai program kesejahteraan korporat melalui majikan tersebut. Data kesihatan individu tidak didedahkan kepada majikan kecuali apabila reka bentuk program memerlukannya dan anda telah dimaklumkan semasa menyertai program tersebut.

We do not use Google user data for advertising of any kind, including personalised, retargeted or interest-based advertising. We do not sell Google user data. We do not use Google user data to train generalised artificial intelligence or machine learning models. We do not transfer Google user data to data brokers, information resellers, or any party for the purposes listed in this paragraph.

Kami tidak menggunakan data pengguna Google untuk sebarang jenis pengiklanan, termasuk pengiklanan diperibadikan, penargetan semula atau pengiklanan berasaskan minat. Kami tidak menjual data pengguna Google. Kami tidak menggunakan data pengguna Google untuk melatih model kecerdasan buatan atau pembelajaran mesin yang digeneralisasikan. Kami tidak memindahkan data pengguna Google kepada broker data, penjual semula maklumat atau mana-mana pihak bagi tujuan yang dinyatakan dalam perenggan ini.

How we share Google data

Cara kami berkongsi data Google

We do not sell or rent Google user data. We share it only as follows:

Kami tidak menjual atau menyewakan data pengguna Google. Kami hanya berkongsinya seperti berikut:

  • With you, in the application.
    Dengan anda, dalam aplikasi.
  • With your employer or programme sponsor, where you have voluntarily enrolled in a corporate wellness programme, and only to the extent described above and disclosed to you when you enrol.
    Dengan majikan atau penaja program anda, apabila anda telah menyertai program kesejahteraan korporat secara sukarela, dan hanya setakat yang diterangkan di atas serta didedahkan kepada anda semasa anda menyertai program tersebut.
  • With service providers who host and operate the BookDoc platform on our behalf (cloud hosting and infrastructure providers), bound by contract to process the data only on our instructions and to keep it confidential.
    Dengan penyedia perkhidmatan yang mengehos dan mengendalikan platform BookDoc bagi pihak kami (penyedia pengehosan awan dan infrastruktur), yang terikat secara kontrak untuk memproses data hanya berdasarkan arahan kami dan memastikan data tersebut dirahsiakan.
  • Where required by law, in response to a valid legal process, or to protect the rights, safety and security of our users and our platform.
    Apabila dikehendaki oleh undang-undang, sebagai tindak balas kepada proses undang-undang yang sah, atau untuk melindungi hak, keselamatan dan sekuriti pengguna kami serta platform kami.

How we protect Google data

Cara kami melindungi data Google

  • All data is transmitted over encrypted TLS connections.
    Semua data dihantar melalui sambungan TLS yang disulitkan.
  • Google OAuth access tokens and refresh tokens are stored encrypted at rest and are never exposed to any client application or third party.
    Token akses Google OAuth dan token penyegaran disimpan dalam bentuk disulitkan semasa tidak digunakan dan tidak pernah didedahkan kepada mana-mana aplikasi klien atau pihak ketiga.
  • Access to production systems holding health data is restricted to authorised personnel on a least-privilege basis and is audit-logged.
    Akses kepada sistem produksi yang menyimpan data kesihatan dihadkan kepada kakitangan yang diberi kuasa berdasarkan prinsip keistimewaan minimum dan direkodkan untuk tujuan audit.
  • We apply access controls, encryption, regular backups, data masking, security training, incident response procedures and secure data disposal, as described elsewhere in this notice.
    Kami melaksanakan kawalan akses, penyulitan, sandaran berkala, penyamaran data, latihan keselamatan, prosedur tindak balas insiden dan pelupusan data secara selamat, seperti yang diterangkan di bahagian lain dalam notis ini.

How we retain and delete Google data

Cara kami menyimpan dan memadam data Google

  • OAuth tokens. You may disconnect your Google Account at any time from within the BookDoc app, or by revoking BookDoc’s access at https://myaccount.google.com/permissions. On disconnection we immediately stop all further syncing and erase the stored Google access and refresh tokens. We cannot retrieve any further data from your Google Account unless you connect it again.
    Token OAuth. Anda boleh memutuskan sambungan Akaun Google anda pada bila-bila masa melalui aplikasi BookDoc, atau dengan membatalkan akses BookDoc di https://myaccount.google.com/permissions. Apabila sambungan diputuskan, kami akan serta-merta menghentikan semua penyegerakan seterusnya dan memadam token akses Google serta token penyegaran yang disimpan. Kami tidak boleh mendapatkan sebarang data lanjut daripada Akaun Google anda melainkan anda menghubungkannya semula.
  • Activity and health data already synced. Step counts, calories, exercise sessions, health metrics and measurements, and sleep records that were already synced before you disconnected are retained as part of your BookDoc activity and health history. We retain them because they form the record of the wellness challenges you took part in, the scores and rankings you achieved, and the points, rewards and certificates you earned. Removing them would invalidate those records. They are not used for any other purpose after disconnection, and no new data is added.
    Data aktiviti dan kesihatan yang telah disegerakkan. Jumlah langkah, kalori, sesi senaman, metrik dan ukuran kesihatan, serta rekod tidur yang telah disegerakkan sebelum anda memutuskan sambungan akan disimpan sebagai sebahagian daripada sejarah aktiviti dan kesihatan BookDoc anda. Kami menyimpannya kerana ia merupakan rekod cabaran kesejahteraan yang anda sertai, skor dan kedudukan yang anda capai, serta mata, ganjaran dan sijil yang anda peroleh. Mengalih keluar data tersebut akan menjejaskan kesahihan rekod tersebut. Data tersebut tidak digunakan untuk sebarang tujuan lain selepas sambungan diputuskan dan tiada data baharu ditambah.
  • Calendar entries. We do not store a copy of your Google Calendar data. Appointment entries that BookDoc created remain in your own Google Calendar after you disconnect, and you can delete them there at any time.
    Catatan kalendar. Kami tidak menyimpan salinan data Google Calendar anda. Catatan temujanji yang dicipta oleh BookDoc akan kekal dalam Google Calendar anda sendiri selepas anda memutuskan sambungan, dan anda boleh memadamkannya di sana pada bila-bila masa.
  • When it is deleted. This data is retained for as long as your BookDoc account remains open. Deleting your BookDoc account deletes the associated Google Health data. We may retain data for longer only where we are required to do so to comply with a legal obligation.
    Bila ia dipadamkan. Data ini disimpan selagi akaun BookDoc anda masih aktif. Memadamkan akaun BookDoc anda akan memadamkan data Google Health yang berkaitan. Kami hanya boleh menyimpan data untuk tempoh yang lebih lama apabila kami dikehendaki berbuat demikian bagi mematuhi kewajipan undang-undang.
  • Deletion on request. You may request deletion, access or correction of your data at any time, without closing your account, by contacting pdpa@bookdoc.com or 1300-88-2362.
    Pemadaman atas permintaan. Anda boleh meminta pemadaman, akses atau pembetulan data anda pada bila-bila masa tanpa menutup akaun anda dengan menghubungi pdpa@bookdoc.com atau 1300-88-2362.

Limited Use

Penggunaan Terhad

BookDoc’s use of information received from Google APIs will adhere to the Google API Services User Data Policy, including the Limited Use requirements.

Penggunaan maklumat yang diterima oleh BookDoc daripada Google APIs akan mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Penggunaan Terhad.

The use of information received from Google Health API and/or Developer Tools will adhere to the Google Health API Developer and User Data Policy, including the Limited Use requirements.

Penggunaan maklumat yang diterima daripada Google Health API dan/atau Developer Tools akan mematuhi Google Health API Developer and User Data Policy, termasuk keperluan Penggunaan Terhad.

Changes to this section

Perubahan kepada bahagian ini

If we change how we use Google user data, we will update this page and notify you in the application before the change takes effect.

Sekiranya kami mengubah cara kami menggunakan data pengguna Google, kami akan mengemas kini halaman ini dan memaklumkan anda dalam aplikasi sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa.